Photobucket
KLIK DISINI

Monday, December 28, 2009

2010 Titik Permulaan

Wah!3 hari lagi dah masuk tahun baru 2010.boleh la kiranya say'welcome 2010' and say'goodbye 2009'.Terasa kejap sungguh masa ni berlalu.Adakah aku betul betul manfaatkan 365 hari sebelum ni 2009?Erm..Banyak sungguh rasanya impian aku masih gagal tercapai.Byk sungguh target aku sebelum ni tersasar.Adakah masa berlalu dengan pantas?Mungkin juga Ya dan mungkin jugak Tidak.Tiap tahun buat impian baru.tahun demi tahun impian baru makin bertambah.Nampak gayanya terpaksa la aku tambah lagi beberapa impian dalam 'wishlist' aku kat bawah ni.

Bila sebut jer tahun baru.mesti orang akan tanya.'Apa azam ko tahun ni wei?'kalau tanye dekat aku simple jer aku jawab 'nak jadi jutawan'.hehehe.Tahun demi tahun azam aku yang sama jer ni.but still belum terlaksana lagi.Adakah ni pemalas?Oh tidak!aku rasa aku lah manusia paling rajin diantara ramai ramai pembaca blog aku ni.(lawak jer..)Aku dah lancarkan misi untuk aku jadi 'jutawan' ni dari tahun 2006 lagi.lewat 2 tahun dari kerajaan lancarkan misi hantar angkasawan ke ISS.Misi kerajaan dah berjaya..misi aku bukan gagal tapi still in progress.Cuma kali ni aku yakin sikit tahun 2010 ni tahun permulaan untuk aku capai misi aku yang sekian lama dok tertunggak ni.kalau wak karman bikin bangunan ni.maun dah tinggi klcc siap.Bukan apa,Hari tu mak ayah aku gi Tanah Suci Mekah aku dah suruh mak aku doakan aku jadi jutawan.Mintak mintak makbul la kan.:)

Berbalik cerita pasal azam tahun baru 2010 ni.Ikutkan dalam senarai list memang panjang la.kalau turutkan ikut number ada dari 1-32 senarai.itu dah disenarai pendekkan dah.salah satu dari list azam aku termasuklah untuk 'katakan tidak pada rokok'.Boleh ker?Erm....Terbaru aku baca paper online aku jumpa berita pasal ni:

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Mulai Jumaat ini harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang diwartakan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu kesemua rokok yang dijual dalam negara hendaklah dijual dengan harga yang tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan, dikira pada harga RM0.32 sen bagi setiap batang rokok.

"Ini menjadikan harga minimum bagi paket yang mengandungi 20 batang rokok ialah RM6.40, 21 batang rokok (RM6.70), 22 batang rokok (RM7.05), 23 batang rokok (RM7.35), 24 batang rokok (RM7.70) dan RM8 bagi paket yang mengandungi 25 batang rokok," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata mereka yang sabit kesalahan melanggar mana-mana peruntukan di bawah peraturan itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Liow berkata dengan berkuatkuasanya peraturan itu juga semua syarikat rokok dikehendaki mengisytiharkan senarai harga jualan runcit produk keluaran mereka kepada kementerian sebelum 15 Januari ini.

Katanya semua rokok di pasaran tempatan hendaklah dijual pada harga tidak kurang daripada harga minimum rokok dan notis harga minimum itu hendaklah dipamerkan secara jelas di kaunter jualan tanpa logo, jenama, tanda niaga atau deskripsi berkaitan rokok yang dijual.

Liow juga berkata penjualan rokok pada harga yang lebih rendah adalah dilarang bagaimanapun syarikat rokok dibenarkan membuat pelarasan harga hanya sebanyak tiga kali setahun dan perbezaan harga tidak boleh melebihi 5 peratus.

Menurutnya peraturan itu juga melarang penjualan rokok yang mempunyai label "diskaun, harga istimewa, tawaran istimewa, promosi, promo, edisi terhad dan tawaran" atau apa-apa perkataan lain yang membawa erti diskaun atau jualan murah berbanding harga jualan runcit pada bungkusan atau label rokok atau tempat jualan rokok tersebut.

Liow berkata tujuan peraturan itu dikuatkuasakan adalah untuk mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutamanya oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja dari terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko menyalahgunaan dadah dan penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya.

Liow berkata banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutamanya di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok 3.8 peratus," katanya.


Berdasarkan pemahaman aku la,dat mean dah takda la harga maximum untuk sekotak rokok bersaiz 20 ni?Apa ko paham?Yang aku paham lepas ni ikut suka mak bapak manufacture la nak letak kan harga berapa untuk sekotak rokok 20?sukati la nak letak RM10,Rm20,Rm30 sekotak.Ekekeke..Lepas tu bila harga naik,semestinya cukai pun naik kan.kan.kan.Siapa yang dapat keuntungan ni?Dah tentu la kerajaan aku!kerajaan aku kerajaan korang gak!kan.kan.kan.Tapi kadang kadang aku pelik gak ngan stetmen stetmen Pak Menteri ni.Cerita kat media Pung pang pung pang.Macam bercakap dengan budak tadika pun ada juga.Kalau lah ko ikhlas nak membanteras gejala merokok ni jadi satu budaya.Apa salahnya ko tutup jer kilang buat rokok?Yang aku nampak bukan nak tutup kilang..malahan macam cendawan tumbuh lepas hujan plak munculnye jenama rokok pelbagai.Tak ke haremm namanya.Macam mana Govt boleh Approv?Lepas tu sibuk la buat iklan sana sini.tak cukup guna media masa,guna media elektronik.pastu pasang papan tanda gergasi tepi jalan raya bagitau bahayanya merokok.Terbaru hangat sikit masa ari tu buat style baru.letak gambar pelik pelik kat kotak rokok.sehari 2 je trick menjadi.hahahaha.Aku mula mula dulu kaget gak nak beli rokok.giler ko tengok gambar pelik mcm tu.ngeri seyh..Last last sama jer..siap boleh pilih lagi nak kotak yang gambar kureng sikit tahap kengerian tu.Nak jadi best lagi..muncul plak orang jual kotak rokok special siap ada lighter dan mcm mcm patern la.Bila kera jaan buat gambar mcm tu?harga pulak naik seposen mybe kos cetak gambar.sapa untung?pikirkan la...

Aku berpendapat dari dulu lagi.naikkan harga rokok mcm mana sekali pun aku tetap yakin orang ramai tetap akan beli jugak.kecuali ko naikkan sekotak rokok RM1k.Ada berani beli sekotak 1k?Bila harga naik....untung la Kastam kastam lepas ni.sure makin ramai orang akan seludup rokok bawak masuk.kantoi padan muka.lepas ..untung woo..Jom lupakan kejap pasal harga rokok ni.Back to topik asal Azam 2010.

Start 1hb 2010 ni..bermulalah Azam aku paling mencabar aku nak buat ni.Kali ni aku harap akan berjaya.Nak berhenti merokok ni dah lama dah.bila pikirkan bukan tak boleh stop pun.tapi tah apa tah setan yang dok racun racun..isap..isap...isap lagi katanya.Cuba ko cabar kawan ko perokok tegar ko kasi dia RM30 suh dia stop merokok untuk 5 hari?ko agak agak boleh ker tak?aku ingat masuk 12 jam maun meroyan dia dah tak tentu arah.Penangan 'candu' punye pasal.Sama la macam aku.Nak benti! nak benti! mulut mak aku dah berbuih dah kot nasihatkan..still tak terbukak jugak hati ni.Ishh..tapi kali ni aku terasa macam nekad plak nak stop merokok..Adakah time kat tanah suci mak aku doakan sekali aku benti merokok?Mungkin jugak la kot..



Sebelum aku buat keputusan nak benti ni,Dah banyak kali aku tengok Vclip perbagai yang ngeri ngeri pasal perokok.Bukan jugak aku bodoh tak tau bahaya merokok ni.Tapi itu lah.Sesaja jer buat buat donno..Cuma ada satu Clip Video yang membuatkan terbukak sket mata hati aku untuk stop merokok ni.Bukan petama kali plak tu tengok..satu masa dulu penah tengok tah macam mana godek godek youtube terjumpa semula.Ini la.aku ingat nak kongsi tunjuk kat korang korang semua ni agar korang korang semua jom la sesama aku tanam azam say 'NO' to Ciggarete.Nanti lepas ni boleh la korang korang semua ajak plak korang korang punya kawan stop sesama.Tadi petang aku dah ajak sorang kawan aku sesama buat Azam Baru ni.Tapi dia jawab'tahun ni aku lum ada Azam nak stop'.tunggu la kot kot tahun depan.bukan apa,nanti bila aku stop..dia mesti isap depan aku..Argh..



Experiment ni dibuat ke atas 400 batang rokok. Jumlah ini hanya menyamai tempoh 20 hari sekiranya orang tu hisap sebungkus (rokok 20 batang) sehari. 20 hari pun dah begini kesannya kepada paru-paru. Kalau 20 minggu? Kalau 20 bulan? Bagaimana pulak rupa paru-paru aku yang dah 9 tahun hisap rokok ni? Huishh!! Ngeri seh! No wonderlah kita mudah untuk kena lung infection, cancer dan bermacam lagi. Stamina pun jadi lemah sebab paru-paru dah tak effisyen untuk membekalkan oxygen. Meh kita ushar clip ni sama-sama.

p/s: Meh doakan aku berjaya yer:)ari ni 3 btg jer aku isap sehari. just amin kan jer.


Continue Reading...

Wednesday, December 23, 2009

Misteri Kehilangan Enjin Pesawat Tempur F-5E TUDM

Beberapa hari kebelakangan ni,aku betul betul sibuk sangat.Bukan sibuk apa,sibuk membuta.sebab apa?sebab aku tak cukup tido 9jam sehari.Maklumlah bulan ni jer boleh dikatakan setiap minggu ada cuti umum pada hari jumaat,Aku ni sangat pantang jika ada cuti mula la set dengan kengkawan main badminton.kalau dah start main tu memang tak hingat la,mula kul 8.30pm-1.30am.hambik ko!selagi dewan tu tak tutup selagi tu main sampai lebam.keesokkan hari tu budget nak ganti semula tido tapi sejak 2 minggu kebelakangan ni aktiviti siang aku yang full membuatkan aku terpaksa lupakan.Jadik!pantang ada waktu free sket mesti aku akan tido tak kira la di opis atau di rumah.kalau kat opis tu,jika korang yang kenal aku duk buzz YM aku tak reply tu maknanya aku 'tido bawah meja la tu'.

Ni baru tadi aku berkesempatan baca paper online.Ingat,paper online tau bukan aku beli paper kat kedai tu.sebab aku dah dalam tak beli paper sejak PRU yang lepas.loya aku baca isi dalam.semuanya penulisan yang hipokrit.Aku tertarik plak dengan isu yang dok panas semacam jer sekarang ni berkaitan 'Enjin Pesawat Tempur F-5E TUDM hilang 2007'.Aku nak tanya korang sekarang ni tahun berapa?penghujung 2009 nak masuk 2010.Baru sekarang plak sedar enjin pesawat tu hilang?Aku bercakap ni bukan olok olok tau.aku refer pada apa yang aku baca dalam paper ni:

KUALA LUMPUR: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama.

Enjin yang kedua hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.

Kejadian dipercayai berlaku pada 1 November 2007, ketika enjin berkenaan dibawa keluar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, yang menempatkan pangkalan operasi pesawat berkenaan untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara. Sumber memberitahu Berita Harian, penghantaran enjin kedua menggunakan kontena dikendalikan sebuah syarikat penyelenggaraan pesawat tentera dilantik kerajaan tetapi enjin berkenaan tidak tiba ke destinasinya.

Katanya, kehilangan kedua-dua enjin itu dipercayai didalangi kumpulan sama membabitkan orang dalam syarikat penyelenggara terbabit dengan bantuan orang dalam TUDM.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika dihubungi, berkata pihaknya akan memulangkan semula fail siasatan kes berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berikutan siasatan yang tidak lengkap termasuk ketiadaan butiran enjin termasuk jenis dan spesifikasinya.

Siasatan itu dikembalikan semula ke Bukit Aman bersama arahan terbaru, termasuk menyiasat kemungkinan pembabitan pihak lain, termasuk agensi kerajaan dalam kehilangan enjin berkenaan.

"Siasatan lebih mendalam, dengan butiran lebih terperinci amatlah diperlukan dalam pengendalian kes ini," kata Abdul Ghani.

Sabtu lalu Berita Harian mendedahkan kehilangan enjin jenis GE J85-21A pesawat tempur F-5E milik TUDM yang dipercayai antara skandal penyelewengan terbesar dalam sejarah TUDM. Maklumat risikan mengesahkan enjin itu dijual ke sebuah negara di Asia Barat.

Enjin berkenaan hilang bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya dari gudang simpanannya di Pangkalan Udara Kuala Lumpur sebaik tiba dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth. Berikutan itu TUDM membuat laporan polis dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyiasat kejadian itu.

TUDM mula menggunakan pesawat buatan Amerika Syarikat itu pada 1974 untuk tugasan tempur dan peninjau. Bagaimanapun hanya lapan masih digunakan sehingga kini masing-masing model RF-5E Tigereye dan F-5E Tiger II yang berpangkalan di Butterworth.

Sumber berkata, modus operandi kumpulan terbabit licik kerana menggunakan taktik berbeza ketika melarikan kedua-dua enjin berkenaan, dipercayai untuk dijual sebagai komponen alat ganti di pasaran gelap, terutama kepada pembeli antarabangsa.

Katanya, kehilangan kedua-dua enjin itu dilaporkan kepada polis pada 4 Ogos 2008 selepas siasatan dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikatakan menemui jalan buntu.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebagai Menteri Pertahanan ketika itu, beliau mengarahkan supaya laporan polis dibuat sebaik menyedari kehilangan enjin pesawat itu.

"Kita akan tunggu sehingga laporan penuh keluar kerana kita bekerjasama dengan polis, malah apabila kita menyedari kejadian itu, kita melaporkan kepada polis dengan segera.

"Kementerian Pertahanan berpendirian kita perlu menyelesaikan perkara ini dan mengambil tindakan sesuai walaupun tindakan jenayah terhadap mereka terbabit... bukan hasrat kementerian dan TUDM menyembunyikan apa-apa pun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia keenam, semalam.

Kronologi kehilangan enjin pesawat tempur F-5E TUDM
# 26Jun 2007 - enjin pertama dihantar keluar
# 1November 2007 - enjin kedua dihantar keluar
# Mei 2008 - enjin disedari hilang
# 4 Ogos 2008 - laporan polis dibuat
# 13 Mei 2009 - kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara
# 25 Jun 2009 - kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan
# 18 November 2009 - kertas siasatan dihantar semula.



Aku dari dulu lagi dah mula rasa kurang selamat tinggal di malaysia ni.nak pindah gi negara lain aku takda plak sedara mara kat negara luar sana tu.kalau aku main hentam jer pegi,kang kena sana ada 4 musim..meroyan plak aku tak biasa.Tapi betul la.aku siyes cakap betul betul bimbang keselamatan negara dari ancaman luar terutama dari pintu sempadan sana tu.Korang masih ingat lagi tak satu masa dulu betapa sempoi jer pendatang haram membolosi sempadan kita dan paling tak tahan dengan selamba jer'mengekspot' motosikal rakyat kita untuk kegunaan kat negara jiran ?Masih ingat lagi ker tak?lupa dah ker?takpe..Pasal kehilangan 2 kontena cip komputer dari terminal kargo bayan lepas korang ingat?Bukan itu saja kes paling panas dan hot 2008 Bom C4 diseludup keluar dari simpanan kementerian pertahanan dengan senang senang jer.Kali ni mesti korang ingatkan.Ingat C4,apa cerita kes Altantuya?Sama la kesnya rampasan senjata api di bukit Grik oleh Geng Al-Maunah.Macam mana boleh berlaku semua ni?Sangat 'Misteri' la pulak.

Kadang kadang nak aja aku gelarkan 'tentera' malaysia ni 'pondan' tapi tak boleh plak.Bapak aku dulu bekas tentera jugak.4 orang la anak dia.Abang sulung aku pun tentera gak,dah 2 orang dah anaknya.Nak aku salahkan semua ni kat tentera kita tak boleh gak.Kalau la betul 'pondan',aku mesti 'pepondan'.hahahahaha.betul apa?bila aku pikirkan semula.Aku terpikir 'siapa yang menjaga sempadan kita?'Siapa pulak yang 'turun padang membantu bila negara kena bencana?'Dah tentu la tentera kita jugak.tak kerana diaorang semua ni.tak tido malam kita pulak nanti.Paling musabab bukan dia yang jaga enjin pesawat hilang ni.

Mula mula aku ingatkan sebijik jer enjin pesawat ni hilang,sekali sampai 2 ketul la pulak.Cuba ko pikir.agak agak ko siapa PM yang jadi Menteri Pertahanan time kehilangan tu dulu?Cuba korang pikir?ngeh.ngeh..ngeh..Patut tak letak Jawatan jer?ngeh..ngeh..ngeh..Jangan la ko harap sangat.Bebadut ni semua mana 'kemaluan' pun.Mimpi hidup balik la kalau Dia letak jawatan.Dah la hilang Jun 2007.Pastu kantoi pulak Mei 2008.Lepas tu baru report Ogos 2008.Sangat mengecewakan bila dipikirkan.macam 'Gampang' jer kan.ngeh..ngeh..ngeh..Eh.agak agak korang.betul ker 2 bijik jer yang hilang ni?Bukan apa..trend skang ni aku dah biasa sangat dah.Citer kat public memang jarang jarang yang betul betul benar dan Asli.

Siapa patut nak dipersalahkan ni?Adoi pening aku mikirkan ni.Ini serupa macam penyamun perombak ni.pengkebas harta Negara.total 2 bijik enjin 100 juta tu wei.Selagi boleh buat duit dari 'harta rakyat' semua dia orang ni nak kebas.Tak ker macam haram!!Apa?Ingat harta 1Malaysia satu Kroni ker?Sangat Teruk.memang teruk.Diulangi.Sape Menteri Pertahanan dulu?.Agak Kebodohan sikit tak reti nak jaga harta kerajaan. Kalau setakat hilang 2 batang pensil 2B boleh juga dimaafkan. ini yang hilang barang yang bernilai rm100 juta. banyak rumah org miskin boleh buat.Jadi aku cuba cadangkanlah sesiapa Tok Dalang serta dalang dalang yang terlibat harus dihukum.Ada nak mengaku ker? Jangan bagi alasan butiran tak lengkap la.menemui jalan buntu.tiada kerjasama. Itu semua suara suara pembelit puak puak umno yg takda maruah.Aku ada terpikir kalau diaudit barang barang kat dalam stor tudm ke.. tldm ke..banyak lagi yang hilang nih. kalu enjin yang rm50juta pun boleh dibawa keluar,apalagi kalu barang yang kecik kecik macam bom tangan ke..periuk api..bom C4..lama lama askar malaysia pakai lastik berpelurukan batu je la pegi perang.Ngeh..ngeh..ngeh..

Bagi aku memang tak patut dilepaskan Tok Dalang dalam kes ni.Nampak macam mudah jer.Boleh cakap 'claim Insuran'.Tok dalang dalam kerja ni patut dihukum.Apa kata kita charge jer sebagai 'Pengkianat Negara' tak pun kita anggap jer Tok Dalang ni membuat percubaan peperangan dengan DYMM macam Geng Al-Maunah dulu.Tak boleh kasi lepas gitu jer.Sokong tak apa aku cakap ni?Cuba ko baca petikan dibawah ni:

Patut dihukum sebagai pengkhianat

KUALA LUMPUR: Individu yang terbabit dalam skandal penjualan enjin pesawat pejuang F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bukan saja ibarat menjual maruah negara malah patut dihukum sebagai pengkhianat berikutan kesalahan dilakukan amat serius.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin (gambar), berkata bagi kesalahan terbabit ia tiada kompromi berikutan secara tidak langsung mencalar imej serta menjejaskan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pasukan keselamatan utama negara.

“Kerana perbuatan mementingkan diri individu berkenaan, imej ATM tercalar. Mereka ini dianggap sebagai pengkhianat negara dan perlu dikenakan dihukum keras setimpal dengan kesalahan dilakukan.

“Perbuatan itu dilakukan tanpa memikirkan implikasi pada keselamatan negara kerana ia membabitkan komponen penting dalam pesawat pejuang untuk beroperasi dengan baik,” katanya.

Azizan berkata, ATM sudah mengenal pasti identiti individu bertanggungjawab dalam skandal itu termasuk beberapa pegawai dan anggotanya sendiri kini dalam proses pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara.

Diminta mengulas laporan media semalam, mengenai 20 anggota TUDM dan seorang pegawai kanan dikenakan tindakan berikutan skandal itu, Azizan berkata ia mengesahkan keputusan itu tidak membabitkan mahkamah tentera tapi siasatan dalaman oleh lembaga disiplin ke atas pelbagai amalan salah laku.

Walaupun TUDM mengalami kerugian berikutan kehilangan enjin, Azizan memberi jaminan tahap operasi Skuadron 12 Scorpion berpangkalan di Butterworth itu beroperasi seperti biasa dan masih memainkan peranan taktikal bagi TUDM.

Sebelum itu, beliau hadir ke majlis menerima tabik hormat daripada 188 putera Maktab Tentera Diraja (MTD) yang baru menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kem Perdana Sungai Besi di sini.

Kehilangan enjin GE J85 21-A digunakan pesawat F-5E berharga RM50 juta itu, dipercayai didalangi ‘orang dalam’ Jabatan Logistik TUDM serta syarikat penyelenggaraan ia disedari akhir tahun lalu dan satu laporan polis dibuat Januari tahun ini untuk menyiasatnya.


Banyak sangat persoalannya:

Bagaimana enjin jet yang sebegitu besar boleh ‘dieksport” ke Amerika Latin?
# Adakah pihak berkuasa di lapangan terbang, pelabuhan dan pintu sempadan tidak dapat mengesan enjin yang begitu besar merentasi sempadan negara?
# Sejak bila pula Malaysia jadi pengeksport enjin pesawat pejuang?
# Tak percaya harga enjin tersebut boleh mencapai nilai sehingga RM50 juta bersamaan USD$12.5 juta. Lebih mahal dari F-5E tu sendiri. Sebenarnya dengan harga sebegitu kita boleh membeli aircraft baru seperti L-159. Harga 1 buah engine F5E (baru) saat ini hanya sekitar USD$ 2 juta sahaja. Apakah mungkin yang dicuri dan hilang itu sebanyak 6 buah enjin? Jika betol ? lu pikir la sendiri bak kata nabil.

p/s:Kalau Lepas nih kapal selam scorpane plak hilang. Jangan plak kuarkan kenyataan " kapal selam itu hilang ketika menyelam dibawah laut"tak pun 'dirompak oleh lanun lanun'.Kah kah kah...



Continue Reading...

Friday, December 18, 2009

20 Tahun,Tahniah la


Dah 26 tahun aku duduk kat negara 1Malaysia ni,tak sampai 9x aku puji negara sendiri.Lebih lebih lagi kejayaan malaysia dalam sukan.Tak silap aku,last sekali pujian yang kuar dari mulut aku ni masa LCW dapat pingat perak badminton olimpik.Walaupun tak menang,aku teruja bila ada orang malaysia mampu sampai tahap begitu.Cuma LCW stop main badminton mulai esok?ko agak akan ada pelapis kita mampu bertanding?Aku berani kerat jari la to say NO!

Sebenarnya aku nak ucapkan TAHNIAH kepada skuad kebangsaan kita berjaya muncul juara di sukan sea laos 2009 semalam.Walaupun jaringan last minit tu aku kategorikan own goal.itu aku tak pedulik punya.stendet dalam game tak kira la international ker,janji bola lepas dari line putih goal tu.tetap goal.Tak kisah la,andaikata player malaysia sepak bola kena kaki reff,pastu bola masuk ke gawang goal.ia tetap dinamakan 'goal'.Bukan aku nak kata skuad malaysia sudah bagus sangat.Oh tidak!Malam tadi tu atas usaha yang tak putus asa ditambahkan sedikit 'luck' sahaja.Bak kata Syebbie...cukup la kita meraikan kegembiraan untuk selama 24jam sahaja.Perjalanan hala tuju masih jauh lagi.betulkan,repairkan mana yang patut dulu.kalau nak dicomparekan dengan negara Asia lain,ibarat langit dengan bumi.tapi jika kena gaya yang betul takda masalah la kalau nak Beat stakat Real Madrid tu.Uikk?ekekeke..



Aku ucap tahniah ni sebab dah 20 tahun wei tak menang sukan sea ni.Jadi memang patutlah.Cuba ko bayangkan,kat sana sini orang citer pasal kemenangan ni.dalam paper jangan cakap la.muka depan tu.aku rasa mahu 3-4 hari paper 1Malaysia citer pasal ni.Dari awal lagi takda siapa pun yakin malaysia boleh menang.lebih lebih lagi bila undian tidak memihak pada skuad malaysia boleh plak se group dengan Thailand,Vietnam..Malahan kalau korang nak tau,FAM sendiri yang sponcer duit tanggung semua perbelanjaan semua player skuad kebangsaan sepanjang di Laos ni.Kalau pihak yang terbabit pun tak bagi keyakinan tinggi,masakan aku nak beriya iya sungguh sokong.ahaks.Akhirnya..penantian 20 tahun berakhir sudah.

Tak sia sia la aku balik awal dari office semata mata semangat 1Malaysia nak sokong.Cuba aku sikit tak puas ati bila Astro takda amik live.Ni yang buat aku marah ni.syetaan betul la.bayar dah la mahal.sib baik tv2 buat live..So kat sini aku nak komen sikit beberapa benda la tak kira pujiaan atau kutukan.sila dengar la yer.



  1. Bangga aku dengan Goalkeeper Malaysia si Sharbinee Allawie Ramli.Hang memang bagus la.sometimes hang dive bola same like van de sar pulak.Good Job Bro.
  2. Bangga aku dengan player K.Gurusamy yang digelar makalele malaysia.Mamat ni patut buat urine test la.giler la.tak reti reti letih tu.laju semacam je 96 minit.
  3. Bangga aku dengan Zakuan,mamat ni memang boleh jadi striker top kalau kena cara.sejak dia masuk,kucar kacir pertahanan Vietnam.Ini yang aku mahukan.
  4. Pertahanan Malaysia aku kategorikan Superb la.1st half mati matian korang defend.(sure balik malaysia korang demam demam ni)
  5. Reffere Perlawanan macam Gampang!Pesal ko tak suh jer keeper Vietnam tu kuar padang.3x buang masa jer dengan injured.
  6. Tahniah kat keeper Vietnam,sebab ko degil dah injured mcm bahu nak tercabut ko still nak main lagi.
  7. Tahniah kepada player Vietnam jaringkan goal sendiri.Semangat 1Malaysia kot.
  8. Tahniah kat RajaGopal.sebab ko jurulatih jer.hehe
  9. Kepada FAM.bukak mata sikit.lepas ni bykkan buat perlawanan persahabatan.Carik pelapis pelapis baru.turun padang la sikit masuk felda felda,estet estet.ramai player berbakat tu.
Lepas ni buat plan target pulak untuk kejohanan Piala Tiger dan Piala AFC.Jangan plak dilamun mimpi mimpi indah kemenangan ni.Benda paling aku tak suka,jangan balik jer budak budak under 23 ni nanti ko(sesiapa berkenaan) nak kasi hadiah hadiah lumayan.Belajar belajar dari kesilapan sebelum ni la yer..takat ko kasi duit sikit sikit,pastu ko kasi la dia orang semua ni jenjalan naik kapal selam Malaysia ok la.Bukan apa,banyak sangat lagi kelemahan ketara budak budak under 23 ni.2nd half semalam baru nampak mcm main bola,kalau ko tengok 1s half masing masing macam main polis sentri jer.Basic teknikal memang perlu kasi tusyen lebih.

Apa apa pun,terharu gak la aku bila mana bendera Negaraku dinaikkan sambil lagu Negaraku berkumandang.sebak wa sebak sket tengok ada yang kuar air mana kegembiraan.



p/s:aku layan badminton jer,bola say 'NO' cam kurang akal jer bola sebijik,kejarnya reramai.cabot!!!



Continue Reading...

Wednesday, December 16, 2009

Penantian Petronas Gift Kad Berakhir


Alhamdulillah,Akhirnya..Muncul juga satu kad yang sangat ditunggu tunggu selamani malahan lebih dari 25ribu ahli agent SVR International Sdn Bhd.Kad apakah itu?penting sangat ke kad tu?Of course sangat penting malahan kad itu lah salah satu killer point dalam bisnes SVR ni.Sebelum ni,kecoh satu masa ketika dulu dalam bulan 7 2009,Tak kira dimana sahaja berada semua orang bercerita tentang bisnes SVR ni.tak cukup itu,mana mana forum dalam jaringan Internet ni semua mempromosi bisnes SVR,iklan iklan bersepah sana sini.Memang betul betul lebih hangat dari biasa.Jumpa member sahaja pastu hujung perbualan mesti menceritakan tentang SVR.memang menjadi satu fenomena la kiranya time itu.Lebih kurang 2 bulan lebih fenomena SVR ni menjadi sebutan,minggu demi minggu selepas itu semakin pudar dari bibir manusia manusia ini kerana dikatakan bisnes ini satu penipuan dimana kad kad yang dinantikan itu tidak juga muncul muncul.Oh Shit!Time tu perlbagai spekulasi diberikan terhadap bisnes SVR ni.tak kurang juga ahli ahli lama mula menghentam kembali bisnes yang mereka ceburi.Tetapi aku tetap berpegang dengan janji dari pihak Syarikat dengan terus setia menanti serta setia dengan bisnes ni.Ini kerana bisnes SVR ni buat pertama kalinya dengan produk lain dari lain serta marketing plan yang membuatkan aku dalam masa 5 minit baca terus tertarik hati walaupun aku ni dikategorikan paling susah untuk main join bisnes suka suki sahaja.

Mesti korang tertanya tanya,kad apakah yang menjadi penantian seramai lebih 25 ribu orang tu?Best sangat ker kad tu?Penting ker dalam kehidupan seharian?hanya satu perkataan sahaja yang akan muncul dari mulut aku 'YES'.Jika sebelum ni 2 ke 3 bulan lepas suasana suram ibarat ada kematian.Tetapi kini tidak lagi apabila semuanya berpunca dari satu pengumuman dari pihak Syarikat SVR International Sdn Bhd pada 2 hari lepas.


"Petronas telah bersetuju untuk mengeluarkan Kad Hadiah Petronas atau Petronas Gift Card (PGC) untuk kegunaan warga SVR. PGC ini akan dimuatkan didalam Dream Mall SVR (Mall Maya SVR) dan warga SVR diberikan opsyen untuk memilih PGC untuk kegunaan mereka.

Sila maklum bahawa Petronas tidak akan mengeluarkan sebarang rebet semasa warga SVR membuat penebusan dimana mana Stesen Servis Petronas. Sebaliknya rebet akan dikeluarkan pihak SVR sendiri.

Petronas mengenakan Terma & Syarat yang ketat berkaitan penggunaan PGC serta Terma & Syarat ini perlu dipatuhi kesemua warga SVR. Sekiranya terdapat warga SVR yang melanggar Terma & Syarat tersebut maka SVR tiada pilihan lain selain dari menamatkan keahlian warga SVR tersebut dengan serta merta tanpa sebarang pampasan!

Warga SVR diingatkan bahawa program SVR kepunyaan SVR sendiri dan PETRONAS tidak mempunyai sebarang hubungan / kaitan dengan program yang dianjurkan oleh pihak SVR!

Oleh itu warga SVR dilarang sama sekali dari menyalahgunakan harta intelek PETRONAS termasuk jenama, logo, gambar, perkataan dan sebagainya.

Larangan itu meliputi:

1. Penggunaan logo Petronas serta imej PGC didalam laman web mereka.


2. Mencetak risalah/flier menggunakan logo serta imej PGC.

3. Mempromosikan PGC dan bukannya program SVR.

4. Membuat sebarang promosi seperti membuka kaunter pendaftaran program SVR dan sebagainya di mana-mana premis PETRONAS termasuk Stesen Servis PETRONAS.


Kerjasama kesemua warga SVR diharapkan agar program SVR dapat diteruskan dengan jayanya dan tentunya ini akan memberikan keuntungan jangka panjang kepada kesemua warga SVR."

Ko bayangkan la,sejak keluarnya pengumuman dari pihak SVR,otomatik terus hidup rasa sangat ceria.Bolehlah aku kategorikan ibarat 'mati hidup semula'.Macam mana aku tak kata macam tu.cuba ko pikir jika awal bulan 7 dulu lancarnya bisnes SVR program inovasi berkonsepkan Shopping Voucher Rewards yang dibawakan oleh usahasama SVR International dan Koperasi Pelindung Berhad (KOPMA) dan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia yang di sokong penuh oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi Dan Kepenggunaan.,henpon aku boleh dikatakan sehari paling kurang pun adalah dalam 50-70 sms aku terima.itu belum lagi aku citer pasal Yahoo Messenger.Pantang aku kasi ON Ym,sure dalam 20 windows sekali aku bukak.Ada yang bertanya 'apa itu SVR' tak kurang jugak sibuk push aku bila acc SVR dia nak diactivatedkan.perghh time tu rasa tangan 2 yang Tuhan kurniakan ni rasa macam tak cukup pulok!Malahan kehidupan aku otomatik berubah mcm dah diaturkan pulak.siang kerja balik umah petang terus mengadap laptop.(malam memang time aku untuk activated kan ahli yang join)

Teringat aku time tu aku bercuti di langkawi,ko bayangkan orang lain bercuti seronok hilangkan tension,lepak mandi manda tepi laut.tapi aku?tak boleh berenggang dengan laptop.paling aku tak tahan boleh plak tengah aku atas kabel car kat gunung mat cincang time tu plak 7-9 call aku terima bertanyakan mcm mana nak join SVR,macam mana nak buat pembayaran.gilerr!Macam mana aku tak kata ini satu Fenomena bisnes luar biasa!

inilah rupanya Petronas Gift Kad SVR

Munculnya Kad Petronas Gift SVR ni maka akan berlaku lah satu fenomena besar dalam kehidupan aku semula iaitu:

  • Aku pasti kehidupan aku akan sentiasa dirumah mengadap laptop(internet) semula.
  • Masa aku kembali terhad(sori my dear comel,sure i tak boleh hang out selalu mcm sebelum ni.ahaks)
  • Henpon aku sure kembali macam dulu sehari 50-70 sms.(ni time tulis blog ni dah ada masuk 14 sms)
  • Bila on YM dah mula ramai yang dok 'buzz'(masak!masak!)
  • Time tido aku sure akan lari dari biasa.jadi tak normal kembali.time orang duk nyenyak berkeruh aku pasti still mengadap laptop.
  • Pasti kali ni duit dalam acc Maybank aku kembali berduyun duyun duit masuk(masyuk..masyuk..)
  • Aku pasti akan jadi kembali boros berbelanja :)
Ada orang tanya Bisnes apa ko join ni?Apa produk?untung ker?Besar ke modalnya?Aku rasa malas la pulak nak citer detail satu persatu.korang boleh refer kepada posting aku sebelum ni DISINI.nak kata banyak sangat buat masa ni takda la.tapi kalau sehari 300-450 tu takda masalah la.Itu baru dari bonus plan A.

bonus SVR satu masa dulu.
Aku ada 1 Soalan nak tanya korang semua?Mampukah anda mengelak atau terus berhenti dari mengeluarkan perbelanjaan harian seperti Petrol, Diesel, barang dapur, makanan, keperluan rumah, pakaian dan lain-lain?
Ini jawapan bagi pihak aku pulak! Kami juga menjawab TIDAK kepada soalan yang sama. Tetapi berbeza dari anda, setiap perbelanjaan yang kami keluarkan, kami beroleh KEUNTUNGAN daripadanya. Bukankah itu pilihan yang lebih BIJAK?

Oleh itu SVR la pilihan aku untuk rialisasikan semua ni.

Alamilah satu pendapatan luar biasa hebat, melalui program perniagaan yang bertaraf international. Sertai dengan rasa lebih selamat dan mulakan kehidupan lebih berkualiti selepas ini! Sebuah program inovasi berkonsepkan Shopping Voucher Rewards yang dibawakan oleh usahasama SVR International dan Koperasi Pelindung Berhad (KOPMA) dan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia yang di sokong penuh oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi Dan Kepenggunaan.

Sekiranya, anda tercari-cari, bagaimanakah cara menambah pendapatan disamping kekal dengan cara hidup berbelanja yang tidak dapat kita elakkan, kini anda telah jumpai. Satu formula yang benar-benar berkesan.


BERBELANJA SAMBIL KUMPUL POINT TUKAR KEPADA $.. HEBAT!!

“Card Revolution” telah bermula. Sistem perbelanjaan untuk kumpul point kemudian ditukar dengan barangan telah lama diamalkan seperti Bonuslink, Mesralink & Real Rewards. Tetapi, dengan program Usahawan Rakyat SVR segala point yang anda kumpul dapat ditukar kepada DUIT! REBAT TUNAI!! Malah anda juga berpeluang menjana pendapatan sehingga RM50,000 sebulan. Jadikan Perbelanjaan anda dan kawan-kawan anda sebagai salah satu sumber pendapatan anda setiap bulan!

“ Mahukah anda jika orang lain yang membeli PETROL atau DIESEL atau Jika Orang LAIN yang berbelanja di Pasaraya GIANT tetapi anda juga mendapat REBETNYA? ”

Mesti korang tertanya tanya Kalau nak join ni berapa pulak harganya?Apa yang kita akan dapat?Apa pulak produknya?Produk dah semestinya TIADA.Ok gini cerita simplenya untuk penerangan basic jer ni.
Berkuat kuasa hari ini :
Bayaran Keahlian Join SVR RM188(semenanjung Malaysia)RM198(sabah & serawak) Seumur Hidup.

Apa yang akan dapat jika join SVR?

  • 1 Kad diberi nama GOLD KAD kredit RM50 dalam kad(untuk digunakan time Shopping di Merchant yang join SVR)Setiap perbelanjaan kita di merchant dibawah akan kita terima semula rebet dalam bentuk wang ringgit.
Merchant merchant yang dah join SVR adalah:
  1. Giant
  2. Kamdar
  3. Mcd
  4. Marrybrown
  5. Padini
  6. Cars International
  7. Red Modani
  8. Stesen Petronas 1 Malaysia.
  • 1 Kad Bio Energy(untuk kesihatan)
  • 1 kad Petronas Gift Kad kredit rm50 dalam kad(optional)(untuk digunakan mengisi minyak di semua stesen minyak petronas 1 Malaysia)
Seronok bukan?adakah ini satu bisnes yang korang pikir pikirkan sebelum ni?korang Isi petrol dapat duit?korang berbelanja barang keperluan harian meskipun beli ikan masin pun korang dapat duit?Inilah yang aku katakan sebelum ni.Jika korang rasa korang tak mahu join atau ertikata buang masa jer lah...korang tetap kena ingat?setiap hari korang tetap kena isi minyak kereta & motor.Malahan korang tetap juga berbelanja membeli barang keperluan harian.Kan lebih baik korang jadi pengguna yang bijak.Aku dah pilih untuk jadi pengguna yang bijak sejak awal bulan 7 hari tu.korang bila lagi? Sure korang akan cakap susah la nak buat bisnes ni.OH!nanti dulu.Sesiapa yang berminat nak join SVR ni under aku.Aku dah sediakan satu WEBSITE 3rd party yang menjalankan bisnes ni dengan begitu sistematik untuk korang diberi secara percuma.diingatkan PERCUMA.

Ini adalah statistik web group aku sejak dilancarkan dan stop sekejap akibat problem yang aku ceritakan diatas sebelum ni dan kini akan terus beroperasi dengan sejaya yang mungkin tanpa menoleh kebelakang lagi.

20 AHLI TERKINI
Yang Telah Memilih Untuk Menjadi Konsumer Bijak!!

Zuhaira Ezani Binti Anual at 16/12/2009 - 21:22:12 (Melaka)
Zarela Aizul Binti Zulkifli at 16/12/2009 - 15:54:30 (Selangor)
ROhani Hashim at 16/12/2009 - 15:12:52 (Terengganu)
Muhammad Afif at 16/12/2009 - 14:04:29 (Kedah)
Mohd Sharyl Gunes Chandaran at 16/12/2009 - 04:49:33 (Kuala Lumpur)
Mohd Fadzil at 16/12/2009 - 03:21:58 (Johor)
Solehuddin Bin Osman at 15/12/2009 - 18:53:18 (Pahang)
Adi Mohd Safsyariq Bin Halim at 15/12/2009 - 16:23:33 (Negeri Sembilan)
Suyanti Binti Mat Khir at 15/12/2009 - 16:05:57 (Kedah)
Ramli Bin Jaafar at 15/12/2009 - 12:59:49 (Selangor)
Runisah Said at 15/12/2009 - 12:42:08 (Sabah)
Muhamad Hafeezul Yob at 15/12/2009 - 10:07:05 (Kuala Lumpur)
Mohd Riduan Bin Ismail at 14/12/2009 - 13:33:24 (Pulau Pinang)
Mohd Romzi Daud at 14/12/2009 - 11:59:58 (Kuala Lumpur)
Amin Bin Amom at 14/12/2009 - 11:24:53 (Johor)
Mohd Zahari Bin Ya at 14/12/2009 - 01:00:15 (Selangor)
Semie Hj Nasip at 13/12/2009 - 09:32:14 (Sarawak)
Abdul Aziz Bin Esa at 13/12/2009 - 06:58:22 (Selangor)
Mohd Azfar Bin Mohd Aznan at 13/12/2009 - 04:56:27 (Johor)
NURSIRAJUDIN BIN ALAUDIN at 12/12/2009 - 15:55:44 (Selangor)

Tarikh mySVR2u.net dilancarkan: 27-08-2009
Status Keahlian:
Seramai 1497 telah menjadi ahli kami di mySVR2u.net

ini adalah print screen rupa wajah muka depan website promosi yang bakal korang dapat.

AYUH MARILAH KITA SEMUA JADI PENGGUNA YANG BIJAK MULAI HARI INI. REGISTER KLIK DISINI
WWW.MYSVR2U.NET



Continue Reading...

Sunday, December 6, 2009

KB MALL-Kemalangan Tidak Berbau


Tahu apa maksud "malang tidak berbau".Mengikut dari kamus peribahasa melayu "kecelakaan yang datang secara tiba tiba"Inilah maksud peribahasa yang paling sesuai diambil dari wikipedia.Malang ni boleh berlaku dimana mana sahaja tak kira tempat,masa dan waktu.Petikan dari akhbar dibawah:

"KOTA BHARU: Dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill meninggal dunia, manakala seorang rakan mereka cedera parah ditimpa sebuah kereta yang terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall, di sini, petang semalam.

Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nordiana Azman, 18, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Kedua-dua mangsa yang menuntut di Kampus Metro Masterskill Kota Bharu itu cedera parah di kepala.

Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan pemandu kereta, Nor Ain Said, 19, yang cedera parah pada kepala dirawat di HRPZII. Adik Nor Ain, iaitu, Nor Atikah, 17, yang berada dalam kereta berkenaan tidak cedera, tetapi melarikan diri.

Kejadian jam 5 petang itu berlaku apabila kereta jenis Ford Laser itu merempuh dinding lubang angin di ruang meletak kereta di tingkat tiga lalu terjunam dan menimpa mangsa yang ketika itu berada atas eskalator di tingkat dua.

Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata Siti Nordiana tercampak ke tingkat bawah kompleks akibat ditimpa kereta berkenaan.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika seorang lelaki yang dikenali sebagai Sabri menolak kereta yang tidak boleh dihidupkan di ruang meletak kereta di atas bumbung kompleks itu.

“Nor Ain yang memandu kereta mungkin tidak dapat mengawal kenderaan apabila enjin berjaya dihidupkan lalu merempuh dinding lubang angin dan terhumban melalui celah dua eskalator serta terhempap di aras bawah.

“Sebelum terhempap, kereta berkenaan mungkin menimpa tiga pelajar kolej berkenaan yang berada atas eskalator, menyebabkan Siti Nordiana tercampak ke aras bawah. Siasatan awal mendapati Nor Atikah yang tidak cedera berjaya keluar dari kereta dan melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, lelaki yang dikenali sebagai Sabri, dipercayai kenalan mereka turut melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahril Yusman Md Yusof, pula berkata siasatan awal mendapati kereta itu jatuh daripada ketinggian 20 meter.

“Kereta terbabit terbabas lalu memasuki siling di aras tiga sebelum terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak di aras bawah,” katanya yang mengetuai enam anggota ke lokasi kejadian.

Seorang saksi, Mohd Jawaidi Moha Zain, 23, berkata ketika kejadian, beliau yang juga Penolong Pengurus Kyros Kebab, yang terletak bersebelahan eskalator sedang melayan pelanggan.

“Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman. Saya sangka ada kebakaran di tingkat atas, tetapi amat terkejut apabila sebuah kereta terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak depan premis saya.

"Kejadian menyebabkan orang ramai menjerit ketakutan. Saya meminta pelanggan menyelamatkan diri kerana bimbang kereta terbabit meletup dan terbakar," katanya yang kemudian menutup premis perniagaan itu.

Beliau juga mendakwa melihat seorang mangsa yang terbunuh terjatuh sehingga menyebabkan pelbagai barangan peribadinya bertaburan.

Berikutan kejadian itu, semua premis niaga di pusat beli-belah itu ditutup sementara bagi memudahkan kerja menyelamat dan membersihkan kesan kemalangan."



detik detik cemas menyelamatkan mangsa



suasana cemas di KB MALL



lagi video cemas



cemas disana sini.

Disini dipaparkan sedikit gambar gambar yang diambil di KB MALL dimana keadaan begitu cemas dan terharu.aku ucapkan terima kasih kepada pengunjung yang bertungkus lumus memberikan bantuan kecemasan sementara pihak ambulan dalam perjalanan.

















ni yang aku pelik dengan manusia ni pantang keadaan kucar kacir mesti nak amik kesempatan mencuri.

Sebelum berita ni keluar,pelbagai spekulasi diberikan tentang kejadian ni.macam macam versi ada.ada yang kata pemandu kereta buat drift parking atas bumbung,ada yang kata memandu dalam keadaan laju serta cuai. serta belajar memandu diatas parking KB MALL.Seperti yang diberitakan kejadian sebenar berlaku kereta tidak dapat dihidupkan dan cuma menolak kereta yang akhirnya hilang kawalan merempuh dinding batu tu.Ada la masuk akal sikit kan.Ikutkan undang undang siapa yang salah ni?Adakah owner kereta tu?Pendapat aku tak kot.sebab apa,owner menolak kereta,tetapi kereta tu menggelongsor.bukan kah sepatutnya pada parking yang menghadap ke dinding sepatutnya perlu ada stopper untuk tyre?tahu tak stopper tu mcm mana rupanya?kalau tak tau,nanti korang pergi la mana mana pasaraya tengok tapak parking kereta tu seperti ada benjolan penahan.isshh.macam mana aku nak describe kasi korang paham?buat buat paham jer la yer.dan sepatutnya dinding parking yang betul betul menghadap dengan laluan orang ramai mesti ada besi penghalang.Sekarang ni siapa nak jawab bila jadi macam ni?tak patut untuk salahkan owner kereta.

Sekarang ni kepada Kontraktor,Arkitek,JKR yang meluluskan pembinaan parking atas KB MALL ni menjawab la ko. :)

lihat la keadaan parking atas bumbung Kb Mall ni,tiada besi penghalang,tiada juga stopper untuk tyre.

kerana keselamat kurang dititik beratkan akhirnya nyawa menjadi taruhan.


Inilah yang dikatakan malang tidak berbau.Ajal maut itu ditangan Tuhan.Tengah naik Eskalator kat shopping complex pun maut boleh datang jemput.Innalillah dan Al Fatihah kepada mangsa kejadian dan Takziah dari aku untuk keluarga mangsa.Mangsa pelajar metro masterskill baru bercita cita untuk menyumbang bakti merawat orang sakit tetapi mereka jua pergi terlebih dahulu.Jadi kepada keluarga si mangsa diharap bersabar dan redha dengan ketentuan ilahi ni.Redha redha jugak la kan.Tapi yang cuai serta bersalah kena bertanggungjawab.Lepas ni keluarga mangsa boleh lah saman jer Kb Mall.Kb Mall pulak kasi saman sama itu arkitek.Pastu Arkitek pulak kasi saman sama arkitek consultant.

p/s:Sepatutnya dinding tu bukan diikat dengan batu bata.kena buat retaining wall tak pun pasang penghadang besi keliling dinding tu pastu kecelakaan ni tidak berlaku.sila jawab .jawab dan jawab.


Continue Reading...

Jom Balik Awal


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"Katanya "Maafkan saya juga,Saya tak nampak saudara"Kami amat bersopan dan saling menghormati,Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang,tika memasak makan malam,Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,Sedangku berbaring di katil mendengar musik,Terdengar suara halus datang membisik,"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,Kan kau temui bunga-bungaan berterabur","Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,Airmataku mencurah ibarat air di kali,Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil""Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak""Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,Saya tetap sayang ibu melebihi segala,Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat? Mulai Esok,tanam azam tepat waktu pulang.balik la awal dari pejabat yer.

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU



Continue Reading...

Tuesday, December 1, 2009

Bila Pak Menteri Bersuara


Lama betul aku tak bercerita ni.Sejak sebelum hari raya Haji lagi,aku dilanda kesibukkan tahap 9.8 magnitud scale richter.semua plan asal terpaksa di cancel last minit demi memberi laluan untuk menyettle kan semua benda dari A-Z.Bukan main main bz aku mengalahkan Perdana Menteri.Aku yakin perdana menteri 1Malaysia pun tak sesibuk aku.Sebelum ni aku pernah cerita tentang "1Malaysia,Rasuah dibolehkan tembak mati diutamakan" DISINI. Macam macam aku komen sebelum ni.Tadi pagi syok syok aku baca Utusan Meloya aku jumpa satu stetment ni.

"KUALA LUMPUR 29 Nov. - Kementerian Dalam Negeri akan mempertahankan anggota polis yang terbabit dalam kejadian menembak mati seorang pemuda Mohamad Tawfiq Noorzan, 22, yang mengamuk di Guar Sanji, Arau, Perlis, baru-baru ini. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, keputusan itu dibuat selepas hasil siasatan pasukan khas mendapati polis melakukan tindakan yang sepatutnya dalam kes tersebut. ''Saya akan mengambil tanggungjawab (mempertahankan) kerana apa yang kita perolehi daripada siasatan mendapati fakta sebenar jauh berbeza daripada apa yang didakwa. ''Polis telah melakukan apa yang patut dalam keadaan sebegitu (amuk) tetapi siasatan masih berjalan dan pihak yang tidak berpuas hati juga mempunyai saluran,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Tarian Periyapuranam di sini hari ini. Hadir sama Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan serta Presiden Majlis Hindu Malaysia, Datuk R. Nadarajah. Dalam kejadian 14 November lalu, Mohamad Tawfiq mati ditembak ketika mahu menyerang sepasukan anggota polis yang cuba memujuknya agar tidak membunuh rakannya dengan pisau pemotong daging. Sebelum itu, lelaki tersebut yang juga peniaga kedai makan membelasah rakannya, seorang kontraktor berusia 23 tahun dengan besi dan kayu kira-kira pukul 5.30 pagi. Sesudah membelasah kontraktor terlibat, pemuda itu terus ke Balai Polis Arau sebelum memaklumkan mahu membunuh mereka yang terlibat. Mohamad Tawfiq dipercayai terlalu marah kerana terpaksa berjalan kaki lebih 60 kilometer dari Alor Setar, Kedah untuk pulang ke rumahnya di Arau selepas ditinggalkan oleh kontraktor terlibat di Kedah. Ekoran kejadian tersebut keluarga mangsa tidak berpuas hati dan telah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap polis yang didakwa sengaja menembak pemuda itu bagi memudahkan mereka menutup kes. Terdahulu dalam ucapannya, Hishammuddin menasihatkan masyarakat India supaya menolak perjuangan politik sempit yang menerapkan nilai kebencian. Katanya, sudah sampai masanya untuk semua rakyat bersatu padu selepas negara dilanda keresahan politik ekoran keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac tahun lalu. ''Politik kebencian tidak akan menyatupadukan masyarakat dan negara. Kita semua harus terima perbezaan antara satu sama lain dan menjadikan ia sebagai satu kekuatan dalam kepelbagaian agar selaras dengan gagasan 1Malaysia,'' jelasnya."

Ko tengok pak menteri ko?bukan main defend giler giler kat polis pembunuh ni.(kalau dan tembak mati,aku memang terus cop pembunuh jer)Bagi aku la kes sebelum ni ikut kepala otak aku yang kurang bijak ni.guna cota pun boleh tumpaskan mamat tu.tak perlu sampai guna pistol.Paling tak tahan pak menteri ni boleh pulak cakap fakta berbeza seperti yang didakwa.Motif? motif? siapa ko nak selamatkan ni?senang cakap la kan.sebab yang mati tu bukan anak ko!Cuba kena tang batang hidung sendiri?ahli keluarga sendiri?time tu ko tak payah la nak meroyan tak tentu pasal.

Tapi cerita ni bukan point sebenar aku nak bagitau.Cuba korang baca berita ini pulak.
Lelaki amuk di balai polis.

"PETALING JAYA: Seorang lelaki yang ditahan kerana kesalahan memukul berjaya memutuskan gari sebelum bertindak luar kawalan dengan menumbuk anggota polis yang mahu mengambil keterangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pagi semalam. Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 11.15 pagi apabila suspek terbabit ditahan sejam sebelum itu kerana mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki di Sri Manja di sini melepaskan satu tumbukan padu mengenai mata anggota berkenaan hingga berdarah dan lebam. Sebelum itu, suspek berusia 40 tahun dibawa ke bilik soal siasat di tingkat satu IPD berkenaan sebelum seorang anggota bahagian siasatan jenayah berusia lingkungan 30-an datang untuk mengambil keterangannya. Kejadian turut disaksikan beberapa wartawan yang menunggu giliran bertemu dengan Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunadi Mohamed. Menurut Arjunaidi, ketika kejadian suspek yang digari dapat memutuskan gari lalu bertindak menumbuk mata anggota polis yang mahu mengambil keterangannya. “Suspek kemudian meninggalkan anggota polis itu dan melarikan diri dengan menuruni tangga. Lebih 10 anggota dan pegawai yang ternampak kejadian itu cuba menahannya, tetapi usaha mereka gagal. “Bagaimanapun, ketika suspek hampir dapat meloloskan diri, seorang anggota yang menaiki kereta peronda kemudian menghalang lelaki berkenaan sebelum dapat menahannya semula,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata, anggota yang cedera itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut. “Anggota yang mengalami kecederaan dihantar untuk rawatan dan polis masih menyiasat punca suspek bertindak sedemikian. “Namun, kita tidak menolak kemungkinan suspek marah kerana dia ditahan polis,’’ katanya. Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan iaitu amuk. "
Nah hambik.Ni pun kes lebih kurang sama jugak.persoalannya kenapa pak pulisi tak guna pistol pulak?kenapa boleh jadi baik sangat pulak ni?Sedangkan kes sebelum ni,si mamat tu dah la menapak 60km,for sure habis hilang semua tenaga dan kalori dalam badan larat ke nak mengamuk?tapi.apa terjadi?mati kena tembak kat dada.Inilah Dunia realiti 1Malaysia kita bila kuasa digunakan sewenang wenangnya.dan bila kuasa ada,berjalan terbalik pun dikatakan betul.Yang dah pergi tetap pergi,yang buatkan orang tu pergi selama lamanya..satu masa nanti akan follow jugak jalan yang sama.jawab la.lepas kat dunia,kat sana belum tentu lagi yer. :)
Jika tanya nabil,pasti akan jawab "emm..lu pikir la sendiri"



Continue Reading...

Advertisement

Photobucket
Dimensi Baru Membeli-Belah Konsumer Bijak
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
'Create
 

ABOUT ME

My Photo
Hi,call me janggut.This blog is totally belongs to me. Any Question,just drop your comment,full support here.

JANGGUT WISHLIST

  • Notebook
  • Yamaha Lc135 ES
  • PDA Henpon
  • Living Room Set Cavenzi
  • Blackberry Bold
  • 2K Profit
  • Phillip LCD 37"
  • 4.3 GPS Device
  • Kia Forte 2.0
  • Casio Edifice>
  • Sony Home Theater
  • SE K800i
  • Bedroom Set
  • New Air- Cond
  • Cat Baru Kereta
  • Yonex Nanospeed9900
  • Nokia E72
  • New Washing machine
  • Yonex ArcSaber 8 DX
  • SDTKJ-Suara Dari Telapak Kaki Janggut Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template